Dewan Eja Pro adalah perisian terbaru keluaran The Name Technology Sdn. Bhd.( ). Ia merupakan kombinasi yang paling sempurna daripada perisian Dewan Eja dan perisian kamus elektronik. Kini, anda boleh menyemak ejaan bahasa Melayu dan menterjemah perkataan dengan perisian Dewan Eja Pro! (http://www.tntsb.com)
Kaspersky Lab merupakan syarikat yang membangunkan, menghasil dan mengedar maklumat atau produk penyelesaian sekuriti atau keselamatan yang menghadang ancaman IT dan membenarkan pengguna mengurus risiko yang timbul seperti anti-virus, anti-spyware, anti-spam dan anti-penceroboh. Kaspersky Lab, juga menyediakan produk dalam menghalang ancaman virus, pengodam dan spam untuk rumah(personal) dan syarikat (enterprise), juga menyediakan khidmat rundingan dan sokongan teknikal (http://www.kaspersky.com)
Pelbagai berita, akademik, rencana, wawancara, kurikulum, interaktif dan siaran langsung disediakan kepada semua pelajar, ibu bapa dan para pendidik. Layari http://www.eduwebtv.com untuk maklumat lanjut.
Open Source atau Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai. Contoh sumber terbuka ialah OpenOffice (http://www.openoffice.org) yang sama fungsinya dengan Microsoft Office.
GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto. Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. gimp boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF. Ia sering digunakan sebagai perisian bebas photoshop penggantian untuk adob, paling banyak industri editor bitmap telah digunakan dalam tulisan huruf demi huruf dan grafik; walau bagaimanapun, ia bukanlah dibentuk untuk menjadi klon Photoshop. Maskot projek ini diberi nama wilber. Download secara percuma di http://www.gimp.org.
Wikipedia ialah ensiklopedia bebas. Sesiapun dibenarkan menyunting, memperbaiki, menambahkan informasi dalam sesebuah rencana di halaman tersebut. Pelbagai bahasa disediakan untuk semua pengunjung dari seluruh dunia. Layari http://ms.wikipedia.org/wikiuntuk mengetahui kehebatannya!!
Peta minda boleh dihasilkan dengan mudah, cepat dan menarik menggunakan pelbagai perisian yang ada di pasaran. Antara perisian yang boleh diperolehi secara percuma ialah Seavus Drop Mind (http://dropmind.com). Download perisian tersebut dan anda akan rasa betapa senangnya untuk merangka isi-isi penting...khas untuk pelajar-pelajar anda! Cubalah sekarang!!
Terima kasih kepada guru-guru yang mengikuti LDP. Objektif utama LDP ini adalah untuk berkongsi maklumat ICT antara guru. Cara pembelajaran adalah akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri. Saya hanya mampu memberikan jalan dan ruang untuk guru-guru berbincang dan berkomunikasi dalam talian sesama kita. Bidang ICT amat luas dan perlu dipelajari tanpa ada sempadan. Kita semua perlu mempelajarinya dan meneroka sendiri serta mencari sesuatu yang baru supaya ilmu kita sentiasa bertambah kerana penggunaan ICT adalah menjadi kewajiban pada masa kini. Tugasan yang diberi kepada guru ialah:
membina email
membina blog panitia
membina RPH (Rancangan Pengajaran Harian)
Tahniah kepada guru-guru yang cuba mempelajari sesuatu yang baru. Terima kasih juga kepada guru-guru yang mahir dalam ICT yang membantu saya dalam menjayakan LDP. Untuk memantapkan program ini, sila berikan komen dan cadangan yang membina untuk penambaikan pada masa akan datang....
LDP akan disambung pada minggu hadapan pada hari Selasa, 30 Jun 2009.
Terima kasih daun keladi, panjang umur kita jumpa lagi...
Pusat Akses Sekolah SMK Tanjung Adang ditubuhkan pada tahun 2007. Sebanyak 10 buah komputer dan sebuah pencetak dibekalkan oleh pihak kementerian untuk kegunaan warga sekolah dan komuniti di Kg. Tanjung Adang.
HATI-HATI DENGAN KAMERA TERSEMBUNYI
-
Kamera Butang Baju
*[image: Kamera Butang Baju]*
*Diskripsi Ringkas: *
Kamera video berkualiti tinggi ini disembunyikan oleh rupa luaran yang
berbentuk b...
PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA
-
Diminta semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah
mengarahkah semua warga pendidik di bawah kawalan masing-masing supaya
membuat pena...
-:: Bengkel Pemurnian Pembinaan Blog 2011 ::-
-
Khamis-27 April 2011
Bertempat di Makmal Komputer SK Serkam Darat, telah berlansung Bengkel
Pemurniaan Pembinaan Blog 2011.Bengkel ini telah dihadiri oleh J...