Showing posts with label LDP. Show all posts
Showing posts with label LDP. Show all posts

LDP 30 Jun 2009

Tuesday, June 30, 2009

Cikgu-cikgu SMKTA memang hebat di mataku ini. Mengalahkanku yang serba kekurangan...semoga cikgu-cikgu kita terus maju ke hadapan...SMKTA boleh!!

LDP 30 Jun 2009

Sunday, June 28, 2009

Aktiviti:
  1. Rubrik Penilaian Blog Panitia Bestari & RPH Bestari.
  2. Penyempurnaan Blog Panitia Bestari & RPH Bestari.
  3. Pembentangan Blog Panitia Bestari & RPH Bestari.
  4. Refleksi LDP.
Layari http://groups.google.com.my/group/smktanjungadang untuk dapatkan:
  1. Contoh RPH Bestari.
  2. Rubrik Penilaian Blog Bestari.
  3. Rubrik RPH Bestari.
  4. Rubrik Pembentangan.

Latihan Dalam Perkhidmatan 23 Jun 2009

Tuesday, June 23, 2009

Terima kasih kepada guru-guru yang mengikuti LDP. Objektif utama LDP ini adalah untuk berkongsi maklumat ICT antara guru. Cara pembelajaran adalah akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri. Saya hanya mampu memberikan jalan dan ruang untuk guru-guru berbincang dan berkomunikasi dalam talian sesama kita. Bidang ICT amat luas dan perlu dipelajari tanpa ada sempadan. Kita semua perlu mempelajarinya dan meneroka sendiri serta mencari sesuatu yang baru supaya ilmu kita sentiasa bertambah kerana penggunaan ICT adalah menjadi kewajiban pada masa kini. Tugasan yang diberi kepada guru ialah:
  1. membina email
  2. membina blog panitia
  3. membina RPH (Rancangan Pengajaran Harian)
Tahniah kepada guru-guru yang cuba mempelajari sesuatu yang baru. Terima kasih juga kepada guru-guru yang mahir dalam ICT yang membantu saya dalam menjayakan LDP. Untuk memantapkan program ini, sila berikan komen dan cadangan yang membina untuk penambaikan pada masa akan datang....

LDP akan disambung pada minggu hadapan pada hari Selasa, 30 Jun 2009.

Terima kasih daun keladi, panjang umur kita jumpa lagi...

KDP 4 MINGGU 20 APRIL - 15 MEI 2009

Monday, May 25, 2009






























Kursus dijalankan di Institut Perguruan Guru Malaysia, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
Bahru selama 4 minggu bermula 20 April hingga 15 Mei 2009.

































Peserta kursus perlu memahami elemen bestari dan menerapkannya dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kami perlu menghasilkan 4 RPH untuk diaplikasikan semasa Khidmat Sokongan di sekolah asal. Khidmat sokongan bermula 18 Mei hingga 29 Mei 2009 dan 15 Jun hingga 26 Jun 2009. Peserta kursus akan diselia oleh seorang penyelia yang dilantik tentang pelaksanaan Pembestarian Sekolah di sekolah masing-masing.

KDP 4 MINGGU LATIHAN GURU BESTARI PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH

Saturday, May 23, 2009

Pembelajaran berasaskan projek yang diberi bimbingan dan tunjuk cara dalam Latihan Guru Bestari ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Dalam Komponen A, peserta diberi bimbingan untuk memahami konsep pembestarian sekolah dan penghayatan p engajaran dan pembelajaran bestari yang diamalkan oleh guru dalam bilik darjah. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Komponen B membimbing peserta kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran guru, pembinaan bahan sumber, perkongsian bahan dan tunjuk cara untuk memperoleh sumber melalui teknologi sebagai pengupaya. Komponen C bertujuan menghasilkan Pakej Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bestari dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang mengandungi elemen-elemen bestari dan pengintegrasian TMK.
 
Pusat Akses Sekolah. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger