Ujian PERMATA PINTAR UKM1

Thursday, March 18, 2010


UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

KLIK DI SINI UNTUK MEMULAKAN UJIAN ATAU MENYAMBUNG UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1

Pelantikan Briged Bestari 2010

Friday, February 19, 2010

Seramai 5 pelajar dari tingkatan 2 dipilih untuk membantu menguruskan Pusat Akses Sekolah. Tugasan pertama mereka ialah membersihkan PuAS, mengemaskini fail dan buku rekod penggunaan PuAS dan mengisi borang maklumat Briged Bestari. Terima kasih kepada pelajar-pelajar tersebut kerana begitu semangat ingin menolong cikgunya..

Kepada pelajar yang tidak terpilih untuk menjadi Briged Bestari, jangan bersedih hati...anda tetap di hati cikgu..

Sudi-sudikanlah datang ke PuAS...

Selamat Datang ke PuAS

Tuesday, January 26, 2010

Selamat datang...

e-rekod SMKTA

Sunday, December 6, 2009

Apa kata anda?
Ini adalah cadangan untuk melaksanakan e-rekod di sekolah. E-rekod bermula pada tahun 2009, dan saya dapati terdapat beberapa sekolah melaksanakan e-rekod yang tidak perlu lagi menghantar buku rekod seperti biasa. Guru-guru boleh melaporkan RPH secara percuma menggunakan blogger atau wordpress secara online, manakala pengetua atau pentadbir sekolah boleh melayari blog e-rekod guru yang berkenaan serta memberi komen secara terus pada RPH tersebut.. Apa pendapat anda?

Blog Unit Peperiksaan dan Penilaian

Tuesday, September 8, 2009




Rakan-rakan guru sekalian,

Dijemput guru-guru untuk melayari laman unit peperiksaan dan penilaian sekolah
http://uppsmkta.blogspot.com/

Kesudian guru-guru amat dihargai. Terima kasih.

Pengumuman daripada Guru Media

Monday, September 7, 2009

Rakan-rakan guru sekalian,

Mohon kerjasama guru-guru untuk mendaftar sebagai ahli dalam laman web sekolah www.smkta.net

Kerjasama guru-guru amat dihargai. Terima kasih.

LDP 08/09/2009 - Komunikasi Melalui ICT

ICT sebagai pemudahcara komunikasi

ICT boleh digunakan oleh guru dan pelajar dari tempat atau lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelabagai bentuk contohnya melalui mod audio, video, teks, video dan gabungan mod.

Kelebihan ICT sebagai medium komunikasi

1. memudahkan perhubungan walaupun berada pada lokasi yang berbeza
2. menjimatkan masa
3. dapat melaksanakan pembelajaran kolaboratif
4. melibatkan pakar daripada pelbagai kemahiran
5. mengurangkan pembaziran kertas
6. mempercepatkan penghantaran dan penerimaan maklumat

Komunikasi berasaskan teks

1. E-mel (mel elektronik)
2. Perbincangan dalam kumpulan (News Group)
3. Internet Relay Chat (IRC)

Perbincangan dalam kumpulan (News Group) - Yahoo! Messenger(Y!M)

Yahoo! Messenger (Y!M) program penghantaran pesanan ringkas dengan segera

Muat turun di sini
selanjutnya, perbincangan adalah melalui program Y!M...

selamat ber'chatting'....

jangan ngumpat tau di bulan puasa, ini pesanan daripada penaja..
.



 
Pusat Akses Sekolah. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger